USS America (LHA-6)
USS America (LHA-6)

USS America (LHA-6)

Untuk kapal dengan nama yang sama, lihat USS America.USS America (LHA-6), adalah sebuah kapal serangan amfibia dalam Tentera Laut Amerika Syarikat dan juga kapal pertama dari kelasnya. Ia merupakan kapal perang A.S ke-4 yang dinamakan bersempena dengan nama Amerika Syarikat. America telah diserahkan pada musim luruh tahun 2014, untuk mengantikan Peleliu dari kelas Tarawa. Misinya adalah untuk bertindak sebagai kapal laksamana dalam kumpulan serangan penjelajahan atau kumpulan sedia amfibia, yang mana membawa sebahagian daripada unit penjelajahan Marin ke dalam medan pertempuran dan menghantar mereka ke daratan dengan menggunakan helikopter dan pesawat V-22 Osprey, dengan sokongan pesawat F-35B Lightning II dan helikopter penyerang.Rekabentuk kapal ini berdasarkan pada USS Makin Island. Bagi membolehkan lebih banyak ruang untuk kemudahan penerbangan; ia tidak memiliki sebuah dek telaga, dan juga mempunyai ruang perubatan yang lebih kecil. Dengan sesaran sebanyak 45,000 tan, saiz America adalah sebesar kapal pengangkut pesawat di banyak tentera laut negara lain, dan ia mampu melaksanakan misi-misi serupa apabila dipadankan dengan 20 buah pesawat pejuang F-35B.

Rujukan

WikiPedia: USS America (LHA-6) http://www.defencetalk.com/us-navy-commission-amph... http://www.naval-technology.com/news/newsuss-ameri... http://www.strategypage.com/htmw/htamph/articles/2... http://www.navysite.de/ships/lha6.htm http://www.gao.gov/assets/670/668986.pdf#page=1 http://navylive.dodlive.mil/2014/10/10/inside-uss-... http://www.public.navy.mil/surfor/lha6/Pages/NavyA... http://www.public.navy.mil/surfor/lha6/Pages/defau... http://www.navy.mil/search/display.asp?story_id=38... http://www.navy.mil/search/display.asp?story_id=47...